Temuduga Terbuka 1,000 Jawatan Kosong Sabtu Ini

By kirthiga

JobsMalaysia Center, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Terengganu akan mengadakan temuduga terbuka di Pusat JobsMalaysia Terengganu (sebelah Pejabat Telekom Malaysia Kuala Terengganu) Sabtu ini, bagi mengisi pelbagai jawatan.

Pengarah JTK Negeri Terengganu, Burhanuddin Jusoh berkata, temuduga sehari yang menawarkan lebih 1,000 kekosongan dalam sektor swasta itu akan diadakan dari 9.30 pagi hingga 5 petang.

Katanya, pemohon kerja dinasihatkan agar membawa sijil-sijil akademik serta dokumen-dokumen berkaitan semasa menghadiri temuduga tersebut.

“Mereka yang sedang mencari pekerjaan dialu-alukan menghadiri sesi temu duga ini. Pemohon diminta berpakaian kemas dan membawa sijil yang diperlukan seperti diploma, ijazah atau dokumen lain yang relevan supaya sesi temuduga berjalan dengan lancar,” ujarnya ketika dihubungi, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram