Terengganu Buka Kelas Tarannum Lahir Qari, Qariah

By kirthiga

Yayasan Islam Terengganu akan membuka kelas tarannum dalam tempoh terdekat sebagai usaha melahirkan lebih ramai qari dan qariah di Terengganu.

Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Dato’ Alias Abdullah, berkata kelas tarannum  yang menekankan  aspek hukum-hukum tajwid, tafsir dan sifat dan peranan taranum akan ditempatkan di bangunan yayasan itu.

Katanya, kemungkinan akan diperluaskan di daerah lain  sekiranya menampakkan perkembangan positif bertujuan memudahkan orang ramai mengikuti kelas itu di daerah masing-masing.

“Terbuka kepada pelajar sekolah rendah , sekolah  menengah dan belia, paling penting memenuhi syarat dan minat mendalam untuk  mengikuti kelas yang akan diadakan pada hari minggu dan juga cuti persekolahan.

“Tenaga pengajar bagi kelas itu akan dibantu qari dan qariah Terengganu, termasuk  qariah Dato’ Rogayah Sulong,”katanya kepada teganukita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram