Terengganu Mahu Tubuh Sekolah Rendah Imtiaz

By kirthiga

Kerajaaan negeri mahu mewujudkan Sekolah Rendah Imtiaz dalam tempoh terdekat dengan menumpang mana-mana sekolah rendah yang mempunyai lebihan kelas.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia sudah meminta Yayasan Terengganu mengenalpasti mana-mana sekolah sekitar Kuala Nerus bagi merealisasikan hasrat itu.

Katanya, permintaan ibu bapa terlalu tinggi yang mahu anak masing-masing belajar di sekolah Imtiaz.

“Atas desakan itu, kerajaan  memperluaskan konsep pembelajaran Imtiaz di peringkat sekolah rendah agar pelajar mendapat pendedahan lebih awal.

“Pelajar ini yang memperoleh  5A dalam UPSR akan diberi keutamaan melanjutkan pelajaran di mana-mana Sekolah Menengah Imtiaz,”  katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG dan Menyampaikan Bantuan Sekolah di SMK Kompleks Seberang Takir, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria dan Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.

Ahmad Razif memberitahu, kerajaan negeri turut meninjau mana-mana lokasi yang bersesuaian untuk mewujudkan Madrasah Moden ke empat di negeri ini.

Katanya, Madrasah Moden sedia ada di Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Batu Rakit mendapat sambutan luar jangkaan.

“Wujudnya  madrasah baharu,  sekurang-kurangkan dapat menampung lebih ramai pelajar sederhana yang mahu belajar di madrasah.

“Kita akan berbincang dengan YT bagi mendapatkan bangunan milik  Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu di Dataran Austin, Kuala Nerus bagi tujuan itu,”katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram