Terengganu Sasar Bantu Majukan 100 Syarikat PKS

By kirthiga

Kerajaan negeri sedang memantau 100 buah syarikat usahawan di negeri ini untuk diketengahkan agar lebih berdaya saing sekali gus membuka peluang menerokai pasaran global.

Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi negeri, Roslee Daud berkata, pemantauan dibuat menerusi Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu yang baharu ditubuhkan di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

Beliau memberitahu, sekretariat itu dianggotai 18 buah pelbagai agensi yang berfungsi memantau selain mencari jalan serta kaedah terbaik untuk membantu golongan berkenaan mengembangkan perusahaan.

Menurutnya, agensi-agensi terlibat antaranya Majlis Amanah Rakyat (Mara), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan SME Corporation.

“Sekretariat yang ditubuhkan ini akan sentiasa memantau 18 syarikat berkenaan untuk bantu usahawan lebih berdaya saing.

“Kita akan cari jalan termasuk mengenal pasti kaedah terbaik untuk bantu mereka bukan saja mampu bersaing di pasaran tempatan malahan peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kilang d PJ Hitech dan SME Bank serta beberapa kilang lain di Taman Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Che Razali Adis.

Roslee seterusnya tidak menafikan terdapat usahawan bumiputera khususnya Melayu yang menghadapi masalah persaingan atas faktor itulah, beliau sanggup turun padang kali kedua bagi meninjau permasalahan yang dihadapi.

Beliau turut mengesahkan wujud masalah di kalangan usahawan sedemikian yang berpunca daripada masalah pengurusan yang tidak efisien.

“Sebab itulah kita komited untuk jalan terbaik dengan membuat penambahbaikan dalam waktu terdekat ini untuk membantu usahawan-usahawan berprestasi tinggi seperti ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram