Terengganu Sedia Mulakan Sesi Persekolahan Sepenuhnya

By [email protected] Noraini Jusoh

Oleh : Amiirullah Mansor

KUALA TERENGGANU, 14 Julai - Terengganu bersedia mulakan sesi persekolahan sepenuhnya bermula esok selepas hampir empat bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, sekolah di negeri ini mampu menampung pelajar berdasarkan SOP yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Alhamdulillah, kelas-kelas yang ada cukup untuk menampung pelajar dengan mematuhi SOP ditetapkan KPM.

"Kerjasama yang cukup baik juga ditunjukkan oleh semua peringkat dan beberapa taklimat telah disampaikan kepada pihak bawahan berkait sesi persekolahan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu, hari ini.

Tambahan lagi, pihak Kerajaan Terengganu amat menitikberatkan isu SOP ini bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu daripada sekolah.

"Setakat ini kita perhatikan SOP itu dapat dipatuhi oleh semua sekolah bermula dari masuk pintu pagar sekolah sehingga pulang ke rumah," ujarnya lagi.

Salam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, sekolah, komuniti, guru-guru dan ibu bapa.

"Kita sedang dalam sesi persekolahan norma baharu ini, justeru sokongan semua pihak amat bermakna dan dapat memberi sokongan untuk kemudahan bersama.

"Didoakan juga sesi persekolahan berjalan dengan lancar di seluruh negara khususnya Negeri Terengganu," ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram