Tingkat Kesedaran Aspek Pembangunan Sosial-Isteri MB

By kirthiga

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan golongan wanita dan institusi kekeluargaan dalam usaha mencapai agenda pembangunan negara.

Isteri Menteri Besar, To’ Puan Haslina Zakaria berkata, bagi mencapai hasrat itu masyarakat perlu mempunyai kesedaran dan pengetahuan dalam aspek pembangunan sosial bagi mencapai matlamat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan majmuk selaras dengan Wawasan 2020.

“Untuk membantu dan merealisasikan hasrat kementerian, golongan wanita keluarga dan masyarakat khususnya di setiap parlimen seluruh negara diharap dapat meningkatkan penyertaan dan peranan aktif  bagi menyumbang idea dan seterusnya menerima faedah pembangunan negara.

“Sementara hak-hak kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat pula perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian dengan adil dan saksama tanpa ada unsur diskriminasi selain memperjuangkan  peluang golongan ini dalam bidang sosial dan ekonomi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Kesyukuran Sepetang bersama Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) di Kediaman Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWK), Parlimen Marang, hari ini.

Turut hadir, Perngerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi Dan Multimedia negeri, A. Latiff Awang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan dan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.

Pada majlis yang bertemakan ‘Tautan Hati Semurni Jiwa’ itu, To’ Puan Haslina meluangkan masa bermesra dengan tetamu yang hadir sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah.

Sebelum itu, majlis bacaan yasin, tahlil dan solat hajat turut diadakan di kediaman Pengerusi MPWK, To’ Puan Zaiton Mat Amin yang juga Ketua Wanita Umno Marang.

Lebih 700 tetamu termasuk NGO antaranya Puspanita, Pandu Puteri, Kemas hadir pada majlis itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram