TPM Jadi Tetamu Kehormat Malam Wartawan Malaysia 2016

By kirthiga

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual menjadi tetamu kehormat Malam Wartawan Malaysia 2016 pada 20 Mei ini.

Menurut kenyataan Institut Akhbar Malaysia (MPI) hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, akan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI PETRONAS 2015, termasuk dua hadiah utama.

Tahun ini, HKM MPI-Petronas menarik 438 penyertaan media pelbagai bahasa dalam 18 kategori yang dipertandingkan termasuk lima kategori baharu iaitu reka bentuk muka halaman pertama terbaik, infografik terbaik, editorial kartun terbaik, laporan portal terbaik dan laporan radio terbaik.

Pemenang setiap kategori akan membawa pulang RM10,000 manakala pemenang hadiah utama iaitu Anugerah Kajai, akan membawa pulang RM30,000 berserta trofi dan sijil.

Turut dijadualkan hadir pada majlis yang akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Dr Salleh Said Keruak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram