Tubuh IDI Bantu Golongan PPRT

By Anita

Dato’ Ahmad Razif menyempurnakan gimik perasmian pada Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

Kerajaan negeri akan menubuhkan Institut Darul Iman (IDI), sebagai usaha membantu golongan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) tidak terus dihimpit kemiskinan.

Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dipertanggungjawab membuat kajian berkaitan keupayaan golongan itu dalam pelbagai aspek melalui institut itu.

Katanya, usaha itu dianggap penting kerana kerajaan ingin mengetahui kaedah yang benar-benar berkesan bagi membantu mereka sebelum mengagihkan pelbagai bantuan, terutama berkaitan modal perniagaan.

““Kita tidak mahu berlaku seperti sebelum ini, mana-mana pihak yang meminta modal perniagaan, tanpa usul periksa bertindak meluluskannya.

“Berniaga separuh jalan, sudah menyatakan tidak minat, apabila situasi itu berlaku, modal dan perniagaan entah ke mana,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

Dato’ Ahmad bekata, apabila IDI diwujudkan, kerajaan boleh merancang secara tersusun program berkaitan golongan PPRT.
“Kita akan isytihar keluarga yang minta bantuan itu benar-benar miskin atau sebaliknya.

“Mereka yang memenuhi syarat saja akan diluluskan dan bukannya minta modal untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram