Tubuh Sekretariat Permata Ikut Zon – MB

By Anita

Ahmad Razif bermesra dengan pelajar IPT pada Majlis Iftar Ramadan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Bersama Menteri Besar di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Kerajaan negeri akan menubuhkan Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) mengikut zon Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini bagi memudahkan pelajar membuat rujukan dan mengatur pelbagai aktiviti berilmu.

Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata buat permulaan, pihaknya meluluskan penubuhan sekretariat itu di Kuala Lumpur bagi zon tengah sebelum mewujudkan secretariat sama di zon lain secara berperingkat-perringkat.

Katanya,usaha itu dianggap penting sebagai rujukan pelajar untuk mengetahui maklumat berkaitan Terengganu,selain boleh mengikuti pelbagai kursus berkaitan sebelum menghadapi alam pekerjaan.

“Bangunan sekretariat itu juga bakal dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk asrama, peralatan dan kemudahan mengatur program.

“Jika ibu bapa pelajar mahu melawat dan hadir majlis konvokesyen pelajar dan tiada tempat tinggal, apa salahnya menumpang di asrama secretariat, secara langsung dapat membantu meringankan beban terutama mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata pada Majlis Iftar Ramadan Permata Bersama Menteri Besar di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu

Hadir sama, isteri Menter Besar, To’ Puan Halina Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib; Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohamad Sulong dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.

Kira-kira 1,500 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta serta luar negara hadir pada majlis anjuran YT itu.

Ahmad Razif turut berharap supaya pelajar terlebih dahulu menapis sebarang berita yang diterima daripada mana-mana sumber terutama media online, jangan menggangap perkara tersebut semua betul.

“Sedangkan sebagai seorang pelajar universiti perlu menggunakan konsep meneliti, mengkaji dan mencari sumber yang sebenar.

“Cukup tidak wajar berita menerima yang belum tentu ada kesahihan, sudah menghentam mana-mana pihak terutama kerajaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram