Ubah Syarat Puncak Niaga – Pemuda UMNO Terengganu

By kirthiga

Pergerakan Pemuda Umno Terengganu mencadangkan Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) melanjutkan syarat usia permohonan pinjaman perniagaan di bawah program Puncak Niaga kepada belia berusia sehingga 30 tahun.

Program Puncak Niaga yang dijalankan sejak 2012 itu menjadi pembuka jalan kepada belia yang berusia 18 hingga 25 tahun yang ingin berniaga mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan.

Ketuanya, Johari Abu Bakar berkata pihaknya melihat kategori umur peminjam perlu dilanjutkan hingga 30 tahun memandangkan kebanyakan orang muda yang memulakan perniagaan lazimnya berumur 25 hingga 30 tahun.

“Pada usia 25 tahun, biasanya lepasan ijazah baru mula mengenali dunia perniagaan dan mempunyai keyakinan berniaga semasa berumur 30 tahun.

“Pada waktu itulah mereka memerlukan modal untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan lagi perniagaan,” katanya kepada pemberita pada program Puncak Niaga peringkat negeri di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, semalam.

Hadir merasmikan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Johari berharap, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) serta Pembina yang menyediakan pinjaman modal perniagaan turut mempertimbangkan cadangan had umur peminjam itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pembina, Mohamad Yahya pula berkata, hampir RM141,000 telah disalurkan kepada 35 belia yang memohon pinjaman Puncak Niaga pada awal Januari lepas.

“Tahun ini, kita menyasarkan kira-kira 100 belia yang menyertai program ini di Terengganu dan pada hari ini dan esok kita adakan temuduga terbuka untuk belia memohon pinjaman ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram