UMNO Besut Kempen Tambah Ahli Baru

By kirthiga

UMNO Bahagian Besut mengambil langkah awal dengan melancarkan kempen menambah ahli baru terutama dikalangan remaja sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum 14.

Naib Ketua Umno Bahagian, YB. Muhamad Pehimi Yusof berkata, menerusi program itu pihaknya menyasarkan kempen terhadap pengundi baru dikalangan Puteri dan Pemuda.

Beliau yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri berkata, pada PRU14 sokongan orang muda amat diperlukan bagi mempastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negeri ini.

Katanya, golongan berkenaan perlu diberi kesedaran berpolitik supaya kesinambungan pemimpin dapat diteruskan dengan adanya pelbagai profesion dan latar belakang politik.

“Jika orang muda tidak diberi bimbingan mereka akan leka dan menganggap politik tidak penting,” katanya ketika melancarkan kempen menambah ahli baru dan penubuhan cawangan Puteri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, semalam.

Menurutnya, masa depan negara memerlukan barisan kepemimpinan yang kuat dan mampu bersaing dengan bangsa lain.

Muhamad Pehimi yang juga ADUN Jertih mahu semua ketua cawangan dapat membantu penubuhan cawangan puteri supaya golongan terbabit juga menjadi pemangkin untuk mencapai kemenangan dalam PRU14.

“Gabungan tenaga baru dan lama dalam parti sudah tentu dapat mengukuhkan lagi kekuatan UMNO,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram