UMNO Dungun Hargai 92 Bekas Pemimpin Bahagian

By kirthiga

Dalam menzahirkan penghargaan kepada ahli-ahli UMNO di bahagian Dungun, Program Jasamu Dikenang Budimu Disanjung direalisasikan semalam.

Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam berkata program tersebut diusahakan bagi memberi penghargaan serta penghormatan kepada mantan pimpinan bahagian tersebut.

“Amat disedari penglibatan, khidmat, pengorbanan dan jasa bakti mereka yang diraikan ini sememangnya tidak ternilai.

“Namun UMNO Dungun tetap mengambil inisiatif untuk meraikan dan menghargainya dengan sekecil penghargaan sebagai menifestasi bahawa jasamu tetap dikenang, budimu tetap disanjung ,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar merangkap Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di UITM Dungun, semalam.

Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria.

Pada majlis tersebut, seramai 92 ahli yang terdiri daripada mantan pimpinan Bahagian Dungun menerima cenderahati penghargaan.

Antara yang diraikan pada majlis itu, bekas Ketua UMNO Bahagian itu, Dato’ Rosli Mat Hassan dan dua bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Za’abar Mohd Adib dan Dato’ [email protected] Awang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram