UMNO Marang Berdiri Teguh Di Belakang Menteri Besar

By kirthiga

Kepimpinan UMNO Bahagian Marang sebulat suara berdiri teguh di belakang kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dalam usaha beliau menyatupadukan rakyat di negeri ini bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Ketuanya, YB. A. Latif Awang berkata, Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu mampu membawa perubahan lebih besar kepada pembangunan dan kesejahteraan untuk rakyat di negeri ini.

“Kita semua harus teruskan perjuangan serta berusaha dengan lebih gigih untuk bantu Dato’ Seri Ahmad Said, selain tolong rakyat agar nasib rakyat terus terbela,” katanya ketika berucap pada Retreat UMNO Bahagian Marang di Gambang, Pahang, malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Negeri, YB. Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Nik Dir Nik Wan Ku yang juga Bendahari UMNO Negeri, bekas Ketua UMNO Bahagian itu, Dato’ Muda Mamat dan seluruh kepimpinan UMNO bahagian itu.

“Kita harus menyokong Menteri Besar yang sentiasa tabah dan bersemangat juang yang tinggi untuk terus mentadbir negeri,” katanya.

Beliau turut meminta ahli UMNO Marang bersiap sedia dari sekarang untuk menghadapi PRU-14.

Dalam pada itu, Ahmad dalam ucapan perasmiannya mahu semua ahli UMNO bersatu padu, bermuhasabah diri, seia sekata dan lahirkan jati diri supaya UMNO akan terus mendapat tempat di hati rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram