UMNO Terengganu Sedia Ketengah Calon Wanita Hadapi PRU14

By kirthiga

UMNO Terengganu bersedia mengetengahkan calon wanita jika mampu meraih sokongan dan memenangi kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Terengganu tidak pernah menutup pintu untuk menampilkan calon wanita dalam PRU akan datang, bagaimanapun individu berkenaan perlulah berwibawa dan mampu meraih sokongan di kalangan rakyat.

“Negeri lain sudah ada (calon wanita), saya tiada masalah kerana saya mahukan mahukan calon yang `boleh menang’.  Saya tidak kira siapa dia, walaupun calon itu calon veteran ataupun calon muda, kerana kita mahu menang.

“Soalnya sekarang dalam keadaan  17-15, majoriti mudah ini kita tiada pilihan. Yang kita perlukan sekarang calon yang boleh menang. Kalau katakan hari ini semua memerlukan calon wanita, maka calon wanitalah (disenaraikan), tetapi kita perlu menanglah,”katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Jemaah Wanita Islam Terengganu Sempena Maal Hijrah 1437H/2015M `Tautan Ukhuwah Pemangkin Transformasi Terengganu Baharu’’, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof yang juga Setiausaha UMNO Terengganu.

Ahmad Razif berkata,  sokongan dan penentuan rakyat adalah lebih tertumpu kepada calon berbanding parti, manakala  parti  pula diibaratkan sebagai pemangkin kepada setiap kejayaan ketika PRU nanti.

Tambahnya, segala keputusan yang dilaksanakan oleh UMNO nanti perlu menepati kehendak pengundi sama ada dari aspek parti, calon dan juga kestabilan ekonomi bagi memastikan sejarah kemenangan Barisan Nasional pada PRU11 (2004) lalu dapat diulangi semula.

Sementara itu, Shahrizat turut menghormati prinsip Menteri Besar yang tetap membuka ruang kepada UMNO Terengganu menampilkan calon wanita pada PRU akan datang.

“Saya akan pegang kepada janji Yang Amat Berhormat dan insha-Allah kita akan utarakan nama-nama wanita yang berwibawa dan boleh menjadi calon boleh menang di Terengganu.

Dalam pada itu, beliau turut berbangga dan menyanjung tinggi pengiktirafan Ahmad Razif terhadap golongan wanita di Terengganu kerana diberi peluang menjadi sebahgian daripada rakan kongsi dalam pembangunan Terengganu khususnya di bidang ekonomi dan juga kemajuan umat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram