UnisZA Bantu YPU Jejaki Peminjam Gagal Lunas Pinjaman

By kirthiga

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) melantik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menjejaki usahawan yang gagal melunaskan pinjaman yang setakat ini mencecah sehingga RM4.3 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU Wan Mohd Rubi Wan Jusoh berkata pihaknya akan meminta UniSZA menjejaki usahawan ini satu demi satu untuk melihat perkembangan  dan membantu mereka membangunkan perniagaan sebaik sahaja memperolehi wang pinjaman itu.

“YPU membantu 1,847 usahawan dalam pelbagai bidang sejak 1979 yang melibatkan pinjaman RM14.4 juta dan UniSZA akan menjejaki usahawan berkenaan pada bila-bila masa dari sekarang,” katanya.

Wan Mohd Rubi berkata tahun ini YPU meluluskan RM50,000 kepada sembilan usahawan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing membabitkan jumlah antara RM5,000 dan RM10,000 seorang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata program kayuhan promosi karnival jualan dilaksanakan  sempena pembukaan kompleks berharga RM21.5 juta itu pada Isnin lalu, yang terletak di Kampung Kubang Jela, Manir dekat sini.

Program itu diadakan dengan kerjasama Terengganu Revolution Cycling, iaitu peserta memulakan kayuhan dari Batu Buruk ke KUT di Kubang Jela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram