UniSZA Terus Perkasakan Fakulti Pendidikan Islam

By kirthiga

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan terus memperkasakan Fakulti Pendidikan Islam selaras dengan sejarahnya sebagai institusi pengajian tinggi Islam yang tersohor satu ketika dahulu.

Naib Canselor  UniSZA,  Prof Dato’ Dr  Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, pihaknya juga akan mengguna pakai konsep pembelajaran dan disiplin yang diterapkan sewaktu universiti itu bergelar Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin.

Katanya, pada masa sama akan menjalin kerjasama dengan universiti dalam dan luar negara lain untuk memantapkan lagi bidang pendidikan negara.

“Saya tidak berhasrat untuk melakukan sebarang perubahan besar, sebaliknya akan memperkukuhkan serta menambahbaik pembangunan yang sedia ada,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Sambutan Naib Canselor Baharu di UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, hari  ini.

Ahmad Zubaidi, 55  merupakan pakar bedah neurosurgeri terkemuka negara dilantik Naib Canselor ketiga dan dilantik berkuatkuasa 1 Februari lalu hingga 31 Januari  2019.

Pelantikan itu bagi menggantikan Dato’ Profesor  Prof  Dr  Yahaya Ibrahim yang tamat tempoh lantikan pada 31 Disember lalu.

Beliau memberitahu, pembinaan Hospital Pengajar  UniSZA yang bermula  selewat-lewatnya Jun ini dan dijangka siap penghujung 2018 nanti.

Katanya, perkembangan terbaru  Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melantik kontraktor untuk menguruskan projek berkenaan.

“Seperti mana yang dimaklumkan, pembinaan hospital ini antara yang menjadi fokus utama kami dan pembinaan akan dimulakan selewatnya Jun ini dengan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

“Malah, ketika ini projek tebatan banjir  bernilai RM4.5 juta di sekitar tapak pembinaan hospital sedang giat dilakukan bagi mengatasi masalah banjir yang melanda sekitar kampus sebelum ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram