Unit TTB Di Kg Teluk Ketapang

By kirthiga

Kerajaan negeri akan menubuhkan Unit Tranformasi Terengganu Baharu (TTB) bertempat di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir sebagai usaha membantu masyarakat yang ditimpa musibah banjir, kebakaran dan pelbagai bencana.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pengambilan kakitangan bagi unit itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dan mereka yang terpilih perlu mengikut kursus dan modul yang ditetapkan.

Katanya, Unit TBB yang diselia Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Rozi Mamat itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan, termasuk kelengkapan keselamatan, bot dan kenderaan.

“Sumbangan kepada masyarakat setempat bagi membantu sekiranya berlaku bencana, selain turut terlibat dengan pelbagai aktiviti golongan muda.

“Sebelum ini pasukan sukarelawan TTB yang rata-ratanya dianggotai golongan muda telah terlibat ketika misi bantuan banjir di Kelantan dan disebabkan mendapat sambutan menggalakkan, unit TTB ini ditubuhkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR dan PT3 serta Bantuan Asrama Penuh di Dewan Penyelaras DUN Seberang Takir, Kuala Nerus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram