Usahawan Terengganu Disaran Lebih Aktif Pasar Produk Atas Talian

By kirthiga

Usahawan Terengganu khususnya belia disarankan lebih aktif memasarkan produk mereka secara atas talian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud berkata, adalah penting bagi usahawan muda untuk meningkatkan perniagaan termasuk menembusi pasaran baharu.

“Dengan adanya sistem atas talian, ianya dapat membantu usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan secara lebih pantas dalam pasaran global berbanding perniagaan konvensional.

“Namun demikian diingatkan agar usahawan-usahawan ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya tidak menimbul masalah kelak,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Laman Web Rasmi Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Marzuki Endut dan Pengarah SME Corporation Malaysia (SME Corp) Terengganu, Muhammad Ibrahim.

Dalam pada itu, Roslee turut mengajak agar usahawan-usahawan di Terengganu lebih memanfaatkan peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan telah menyediakan platform kepada usahawan-usahawan di negeri untuk memasarkan produk mereka namun ianya tidak digunakan oleh mereka.

“Kita menyediakan ruang kepada peniaga Terengganu untuk memasarkan produk mereka seperti Payang.my namun masih ramai yang tidak menyedari kewujudannya.

“Sistem ini diwujudkan kepada peniaga secara percuma kepada peniaga dan mereka seharusnya lebih peka terhadap kemudahan yang disediakan bagi meluaskan lagi perniagaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram