You are here: Home » Ekonomi » Peserta Projek Azam Tani Keluar Dari Paras Miskin Peserta Projek Azam Tani Keluar Dari Paras Miskin

By kirthiga

Projek Azam Tani kelolaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya mengeluarkan kira-kira 90 peratus daripada 207 penduduk miskin di Terengganu daripada paras kemiskinan.

Pengarah Mardi Terengganu, Hassan Said berkata mereka yang terlibat menyertai projek itu terdiri daripada keluarga miskin di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

Katanya,  projek diusahakan mereka seperti projek itik telur, itik pedaging, pemprosesan makanan, perniagaan kecil berasaskan pertanian, jahitan, perkhidmatan pertanian, peniagaan alat nelayan dan membuka bengkel motosikal.

“Kemajuan yang ditunjukkan oleh sesetengah peserta kita amat memberangsangkan kerana bukan sahaja mereka dapat meningkatkan pendapatan bulanan malah ada antara mereka mampu menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Peserta Azam Tani Daerah Besut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, YB Mohd Iskandar Jaafar di Tanjong Demong,  baru-baru ini.

Hassan berkata, projek Azam Tani dimulakan pada 2010 dan menunjukkan hasilnya dua tahun kemudian.

“Kita juga melaksanakan projek sama di  Besut dan Setiu yang membabitkan 100 keluarga dan hasilnya dijangka dapat dilihat pada tahun hadapan.

“Mereka dibimbing pegawai Mardi melalui kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram