YPU Bentuk Jaringan Usahawan

By kirthiga

Yayasan  Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menubuhkan Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu sebagai platform penyelarasan program keusahawan antara jabatan dan agensi kerajaan dengan golongan usahawan.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Razali Adis berkata, penubuhan majlis ini bagi mengoptimumkan penggunaan sumber kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program dan pendekatan untuk meningkatkan kemajuan mereka dan membudayakan bidang keusahawanan.

Katanya, sebanyak 18 ahli yang mewakili pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dilantik menganggotai majlis yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud.

Razali berkata, majlis yang akan bersidang empat kali setahun itu akan turut mengenal pasti inisiatif baru yang berimpak tinggi untuk diperkenalkan kepada usahawan di negeri ini.

“Selain itu majlis akan menjadi permudah cara bagi pelaksanaan program serta aktiviti ke arah memperhebatkan keusahawan ke peringkat global,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Beliau berkata, sempena penubuhan majlis itu juga satu Bengkel Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi telah diadakan selama dua hari di Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu.

Katanya, sebanyak 100 usahawan di negeri ini yang mampu menjana jualan lebih RM 500,000 setahun telah dipilih untuk menyertai bengkel tersebut.

Menurut beliau, usahawan berpotensi daripada pelbagai bidang termasuk kraf, makanan, peruncitan, kejuruteraan, minyak dan gas dihimpunkan bersama agensi pembangunan untuk mewujudkan jaringan niaga yang lebih luas.

Razali berkata, sempena dengan program itu akan turut diadakan memorandum persefahaman (MoU) dan penyerahan sijil pelantikan ahli majlis berkenaan di samping turut diadakan Bicara Usahawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram