YT Kurangkan 40 Peratus Perbelanjaan Pengurusan

By kirthiga

Yayasan Terengganu (YT) mengurangkan 40 peratus perbelanjaan pengurusan sebagai menyahut seruan kerajaan mengamalkan langkah penjimatan ekoran kejatuhan harga minyak dunia yang memberi impak kepada ekonomi.

Pengarah YT, Mohamad Sulong berkata, pengurangan sebanyak RM12 juta daripada bajet pengurusan RM30 juta setahun itu tidak akan menjejaskan bantuan kewangan yang disalurkan kepada pelajar di negeri ini.

“Pelajar khususnya lepasan SPM nanti tidak perlu bimbang kerana bantuan kewangan masih diteruskan termasuk bantuan persediaan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan lain-lain.

“Justeru, mereka tidak perlu risau soal kewangan untuk melanjutkan pelajaran kerana YT tetap mengutamakan pelajaran anak-anak Terengganu walaupun melaksanakan langkah penjimatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Khas kepada SM Imtiaz YT Kuala Terengganu, di Yayasan Terengganu, hari ini.

Katanya, antara langkah yang dilaksanakan termasuk penjimatan penggunaan bekalan air dan elektrik.

“Walaupun ada perbelanjaan pengurusan yang terpaksa dipotong namun bantuan dan kebajikan terhadap pelajar tidak akan diabaikan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram